Sunday, February 28, 2010

Langkah Tercipta

Assalamualaikum w.b.t..

hari ini aku bangkit dari keresahan..tanpa memandang kegagalan.. bangkit dari semangat yang hilang dan luntur serta kabur.. hari ini semangat dan langkahku akan tercipta..tiada lagi keresahan, kesedihan dan kebuntuan.. dan langkahku ini akan terus tercipta tanpa henti sehingga aku menemui jalanku... kepada Mu Ya Allah, Kau pandulah aku dalam mencipta dan mengharungi langkahku ini walaupun aku bermula dari merangkak..dan akan aku pastikan agar aku dapat bertatih untuk menuju jalanku dan seterusnya semoga aku dapat melangkah dengan tenang untuk menemukan jalan kejayaan ku...InsyaAllah..

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,

Mencalar ketabahan,

Impian seringku harapkan menjadi kenyataan

Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan

Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengalah namun jiwa

Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji keimanan

Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…

Pimpinlah diriku,

Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku

Kurniakan ketabahan........

Agar mimpi jadi nyata..

padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu

Segalanya dariMu

Friday, February 26, 2010

keputusan ku..adakah ini yang terakhir???

Assalamualaikum....syukur Ya Allah kerna aku maseh diberi kesempatan olehMu untuk memperoleh rahmat kesihatan dan kehidupan pada hari yang indah ini..semoga hari ini lebih baik buatku berbanding hari semalamku...dan moga setiap waktu, detik dan saat yang bakal berlalu ini akan ku isikan dengan perkara kebaikan, perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri dan hati ku ini padaMu Ya Rabbi..
Pagi ini tiada kesempatan untuk ku melangkah ke pantai seperti selalu..mungkin disebabkan oleh kekangan masa..InsyaAllah..jika diizinkan mungkin petang ni akan ku isikan masa ku untuk melihat ciptaanMu yang indah itu.. dua, tiga hari ini..fikiran, hati dan perasaanku keliru dan buntu..mengapa?? hanya Allah yang tahu ap yang sedang bermain di benak hati dan fikiran ku ini..
Apakah benar tindakan yang akan aku ambil ini?? sudah cukupkan persediaan untuk ku dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah ini?? Ain..u should believe ur self syg.. mcm ziana pernah ckp kt awk..abaikan semua kata-kata yang boleh membuatkan kita down..apa yang penting kita sentisa berusaha untuk mendapatkan hak kebahagiaan diri kita dan insan yang kita sayang..
Setiap kali ke pantai, aku tidak pernah lupa untuk memikirkan tentang masa depan yang harus aku lalui..di samping menghayati keindahan ciptaan Allah dan melihat gelagat manusia yang pelbagai ragamnya membuatkan aku lalai seketika tentang masalah yang aku hadapi.. namun masalah akan kenmbali menghantui ku saat kaki ini melangkah masuk ke kamar ..melihat meja study yang penuh dengan buku2 dan risalah akedemik membuatkan aku jadi tidak keruan..bukan aku tidak suka belajar..bukan..tidak sama sekali aku maksudkan begitu..sepanjang pengajian ku di sini hampir mencecah 3 tahun..Alhamdulillah...aku tidak pernah gagal dalam exam yang telah aku duduki..syukur Ya Allah.. namun..mungkin hatiku maseh sayang untuk meninggalkan bumi Terengganu ini yang kaya dengan keindahan pantai ciptaan Yang Maha Pencipta..InsyaAllah akan aku teruskan perjuangan ku ini untuk mendapatkan ijazah pertamaku di bumi UMT..walaupun aku mungkin tidak dapat bergraduat bersama rakan-rakan batch ku yang lain..namun akan aku pastikan segulung ijazah itu akan gah berada di dalam gengaman ku kelak..InsyaAllah pada tahun 2011..aku bertuah kerna sahabat baik ku, ziana juga akan bersama-sama dengan ku untuk mengecap impian kami, impian untuk sama-sama menggengam ijazah pertama kami..dan pada semester hadapan akan aku tumpukan sepenuhnya untuk projek tahun akhir yang begitu mencabar bagi ku.. aku yakin setiap apa yang telah Allah tetapkan keatas hamba-hambaNya ini tidak pernah sia-sia dan sebaliknya ada hikmahnya yang tersendiri...Ya Allah..akan ku serahkan segalanya pada Mu.. amin..

Thursday, February 25, 2010

12 RabiulAwal 1431 Hijrah dan setahun yang lalu..

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni Jumaat, 26 Feb 2010 bersamaaan 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah...Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w..mudah-mudahan kita semua senantisa berada dibawah syafaat Baginda..InsyaAllah..
Maseh ku ingat setahun yang lepas, ketika hari yang penuh barakah ini tiba 12 RabiulAwal 1430 Hijrah bersamaan Isnin, 09/03/2009, aku telah mendapat perkabaran yang mengejutkan dari kampung halaman ku...berita yang sukar untuk aku terima dan hadapi kebenarannya, namun itulah hakikat hidup..setiap yang hidup pasti akan kembali ke sisi Ya Rabb..Dari Dia Kita Datang Dan Kepada Dialah Kita Kembali..
Hari itu..hakikat yang harus ak terima..arwah abangku Osmira b. Haron telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya..kami redha Ya Allah..Engkau lebih menyayangi arwah abang.. tidak dapat aku bayangkan betapa sedihnya arwah apabila terpaksa pergi meninggalkan kami tanpa melihat wajah keluarga terdekat untuk kali terakhir.. namun aku tahu, setiap yang terjadi ada hikmah dari Allah.. walaupun kami tidak sempat melihat arwah dalam nafasnya yang terakhir, namun kami bersyukur kerana arwah dapat dikebumikan di kampung halaman kami dengan selamat dan tanpa sebarang masalah..dan kami maseh berpeluang untuk menatap wajah arwah yang tenang dan tersenyum untuk kali terakhir..Terima kasih abangku atas segala pengorbanan mu terhadap keluarga kita..segala jasa-jasa mu akan tetap berada di ingatanku. Semoga setiap pengorbanan mu itu akan dibalas dengan kebaikan olehNya. InsyaAllah.. Al-Fatihah untuk arwah abangku..semoga tenanglah roh dan jasad mu disisi Pencipta yang Maha Kaya..Amin...
Selawat dan Salam untuk Rasulullah s.a.w...

..Bicara TintaHatiKu Bermula..

Assalamualaikum pemula bicara kata..
...tiada coretan indah melainkan lafaz syukur ke hadrat Mu Ya Rabbul Izzati..kerna Engkau maseh lagi mengurniakan ku kekuatan untuk menjalani liku-liku kehidupan ku sebagai hambaMu yang khilaf yang sering dan tidak lari dari melakukan kelalaian dan kesalahan..semoga hari-hari,waktu dan saat yang akan aku lalui dan rempuhi ini dapat mengajar aku erti kehidupan hamba yang sebenar.. Ya Allah, jangan lah Kau biarkan aku terus lalai dan hanyut dalam kehidupan duniawi ku ini..sesungguhnya kehidupan ku disini adalah pinjaman dari Mu yang bersifat SEMENTARA.. Ya Rabb..dekatkanlah hati ku ini senantiasa di sisiMu..agar bisa aku mendapat cebisan kebahgiaan duniawi dan kegembiraan ABADI di AKHIRAT kelak..InsyaAllah..
...kepada para sahabat, saya maseh baru disini..terima kasih kerana sudi menilik dan mengintai TINTAHATI saya ini...semoga kita dapat menjalinkan ukhuwah yang abadi disamping dapat bertukar pendapat dan fikiran...