Thursday, February 25, 2010

12 RabiulAwal 1431 Hijrah dan setahun yang lalu..

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni Jumaat, 26 Feb 2010 bersamaaan 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah...Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w..mudah-mudahan kita semua senantisa berada dibawah syafaat Baginda..InsyaAllah..
Maseh ku ingat setahun yang lepas, ketika hari yang penuh barakah ini tiba 12 RabiulAwal 1430 Hijrah bersamaan Isnin, 09/03/2009, aku telah mendapat perkabaran yang mengejutkan dari kampung halaman ku...berita yang sukar untuk aku terima dan hadapi kebenarannya, namun itulah hakikat hidup..setiap yang hidup pasti akan kembali ke sisi Ya Rabb..Dari Dia Kita Datang Dan Kepada Dialah Kita Kembali..
Hari itu..hakikat yang harus ak terima..arwah abangku Osmira b. Haron telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya..kami redha Ya Allah..Engkau lebih menyayangi arwah abang.. tidak dapat aku bayangkan betapa sedihnya arwah apabila terpaksa pergi meninggalkan kami tanpa melihat wajah keluarga terdekat untuk kali terakhir.. namun aku tahu, setiap yang terjadi ada hikmah dari Allah.. walaupun kami tidak sempat melihat arwah dalam nafasnya yang terakhir, namun kami bersyukur kerana arwah dapat dikebumikan di kampung halaman kami dengan selamat dan tanpa sebarang masalah..dan kami maseh berpeluang untuk menatap wajah arwah yang tenang dan tersenyum untuk kali terakhir..Terima kasih abangku atas segala pengorbanan mu terhadap keluarga kita..segala jasa-jasa mu akan tetap berada di ingatanku. Semoga setiap pengorbanan mu itu akan dibalas dengan kebaikan olehNya. InsyaAllah.. Al-Fatihah untuk arwah abangku..semoga tenanglah roh dan jasad mu disisi Pencipta yang Maha Kaya..Amin...
Selawat dan Salam untuk Rasulullah s.a.w...

1 comment: