Friday, February 26, 2010

keputusan ku..adakah ini yang terakhir???

Assalamualaikum....syukur Ya Allah kerna aku maseh diberi kesempatan olehMu untuk memperoleh rahmat kesihatan dan kehidupan pada hari yang indah ini..semoga hari ini lebih baik buatku berbanding hari semalamku...dan moga setiap waktu, detik dan saat yang bakal berlalu ini akan ku isikan dengan perkara kebaikan, perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri dan hati ku ini padaMu Ya Rabbi..
Pagi ini tiada kesempatan untuk ku melangkah ke pantai seperti selalu..mungkin disebabkan oleh kekangan masa..InsyaAllah..jika diizinkan mungkin petang ni akan ku isikan masa ku untuk melihat ciptaanMu yang indah itu.. dua, tiga hari ini..fikiran, hati dan perasaanku keliru dan buntu..mengapa?? hanya Allah yang tahu ap yang sedang bermain di benak hati dan fikiran ku ini..
Apakah benar tindakan yang akan aku ambil ini?? sudah cukupkan persediaan untuk ku dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah ini?? Ain..u should believe ur self syg.. mcm ziana pernah ckp kt awk..abaikan semua kata-kata yang boleh membuatkan kita down..apa yang penting kita sentisa berusaha untuk mendapatkan hak kebahagiaan diri kita dan insan yang kita sayang..
Setiap kali ke pantai, aku tidak pernah lupa untuk memikirkan tentang masa depan yang harus aku lalui..di samping menghayati keindahan ciptaan Allah dan melihat gelagat manusia yang pelbagai ragamnya membuatkan aku lalai seketika tentang masalah yang aku hadapi.. namun masalah akan kenmbali menghantui ku saat kaki ini melangkah masuk ke kamar ..melihat meja study yang penuh dengan buku2 dan risalah akedemik membuatkan aku jadi tidak keruan..bukan aku tidak suka belajar..bukan..tidak sama sekali aku maksudkan begitu..sepanjang pengajian ku di sini hampir mencecah 3 tahun..Alhamdulillah...aku tidak pernah gagal dalam exam yang telah aku duduki..syukur Ya Allah.. namun..mungkin hatiku maseh sayang untuk meninggalkan bumi Terengganu ini yang kaya dengan keindahan pantai ciptaan Yang Maha Pencipta..InsyaAllah akan aku teruskan perjuangan ku ini untuk mendapatkan ijazah pertamaku di bumi UMT..walaupun aku mungkin tidak dapat bergraduat bersama rakan-rakan batch ku yang lain..namun akan aku pastikan segulung ijazah itu akan gah berada di dalam gengaman ku kelak..InsyaAllah pada tahun 2011..aku bertuah kerna sahabat baik ku, ziana juga akan bersama-sama dengan ku untuk mengecap impian kami, impian untuk sama-sama menggengam ijazah pertama kami..dan pada semester hadapan akan aku tumpukan sepenuhnya untuk projek tahun akhir yang begitu mencabar bagi ku.. aku yakin setiap apa yang telah Allah tetapkan keatas hamba-hambaNya ini tidak pernah sia-sia dan sebaliknya ada hikmahnya yang tersendiri...Ya Allah..akan ku serahkan segalanya pada Mu.. amin..

2 comments:

  1. Teruskan perjuanganmu adikku..Ku doakan kau dan diriku juga akan berjaya..Tetapkan hati.. Doa banyak2..Insya Allah..perjalanan mu akan lancar..AMIN..

    ReplyDelete
  2. tq k.ain..InsyaAllah..semoga kita sama2 brjaya dlm prjuangan ni...semangat juang k.ain senantiasa mnjadi inspirasi ain...tq for ur support sis..

    ReplyDelete